Thursday, August 11, 2011

selamat berpuasa...

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 4:00 AM 0 comments
Assalamualaikum.....usrohti ucap selamat berpuasa kepada semua umat islam....
harap di bulan yang mulia ini dapat kita pertingkatkan lagi segala amalan yang baik supaya mendapat banyak pahala dari-Nya....syukur kerana kita masih lagi di bumi ALLAH....dan menjalankan rukun islam..iaitu berpuasa di bulan ramadhan.....semoga bulan puasa kita semua diberkati oleh ALLAH s.w.t..amiinn... :)

Saturday, January 8, 2011

Muhasabah Cinta

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 6:33 PM 0 comments

Friday, December 24, 2010

2 hari berlalu sLpas PMR keluar

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 7:49 PM 0 comments
Huuuu..hari2 sdh berlalu..
sdh dpt tahu result semua..geng wonderful usrohti pun sdh tahu kptusan smua..
skg tgh mnanti nak msuk skolah blik..hehe..
to along,angah,alang,achik,baby,adik n usu..TAHNIAH..
yg dpt elok tuh truskan..yg kurg2 brusaha lagi..trmasuk diri ini..jgn gentar untuk berjuang..
jgn sedih2 yeah..truskan hidup..ehehe..pengalaman aq la msa nk amek result tuh kn..
huu..BERDEBAR giler..sejukk..hmm,bkn sejuk yg ada kipas tuh k..bkn yg ada aircond tuh..
jgn ckp la law itu..ahaha..konpom blh beku..lagi2 law salji..
adehh..tiba2 brubah topik..uhu..ok,pngalaman aq la..
pyh nya..hanya Allah yg tahu..susah btul nk ungkpkn cm mna rsa hati..
sedih pun ada..tkut pun ada..tp dlm msa yg sma brusaha spya tenang hati..
berdoa byk2..yakin dgn p'tolongn Allah..akhrnya msa dh dpt result,lega hati..
ok la..member2 pun ckp ok jgk..tp sedih sbnrnyaaaaaaaaaaaa....arghhhhh!!
xtrungkap mcm mna sedihnya..ehehe..sabar jak la..ok..smua dh berlalu,
yg lepas biar lepas..skrg tunggu nk masuk skolah jak..harap2 dpt kelas yg baik..aminn..
nk ucpkn tahniah wat baby..Mimi Shamanie sbb dia dpt 9A..aq bangga sgt2..
trut mrasakan kgembiraan..ehe..dia kwn haku kn,mstilah gembira jgk..
skrg xda citer pape neh..cuma maw fkr nk amik brp subjek..maw fkr nnti msuk kelas pa..
fkr sal buku2..n prsiapan msuk skolah la..law ada tawaran amik!!!
jgn lepaskan peluang!!teruskan yeah..uhuuh...kata mama ak,kalo ada rezeki jgn di tolak...
peluang cm tuh hnya sekali..jdi trima la..nnti rezeki nda maw lagi dgn kita..
hohoh..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...SEDIHHH..erghhhh..nak tinggalkan kwn2 yg sudah bertahun2 lama tuh susah
giler..tp xpa..aq pegang kata2 my neloved pren usu..dia ckp kt haku "Kita Memang Berpisah tapi Kita tetap BERSATU"..sedih nya dgr kwn ckp gtuh..sebak rasa..;huuu..aq syg kengkwn aq smua..
aq nak ktaorg smua sama2 berjaya..kpd along,angah,achik,baby,adik,usu...
aq syg kmu smua..trskan perjuangan k..belajar rjin2..sungguh2..
nnti kita sama2 ke mnara gading..Aminn.....k lh all..doakan kejayaan kami yeah..k,see da next post yeah..
salam..bubbye  :p..

Monday, December 20, 2010

dup dap dup dap..BERDEBARR..Menanti Result PMR..hoho

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 8:07 PM 0 comments
salam smua..
aneyongseyo!!uhuh..
pa kbar??harap sehat2 sentiasa..
arrhh..skrg ni dlm penantian dgn setia mnunggu result kluar..
sgt3 berdebar rasa..huuu..mcm2 prasaan yg timbul..adehh..timbul konon..
mcm blh tgk jak..ahaha..ni untk pmikiran yg kurg brprsaan..mcm haku kali..tu la k pikir cm ni..
ahaha..lucu plak..k siyes..adehh..hmm..oh no!!!result mau kluar xlma g..
lusa ni..hoho..DUAPULUHTIGAHARIBULANDUABELASDUARIBUSEPULUH..
korg xtnsyen ka??msti la kn..tp yakin jak la..pcya n trust yourself..
remember..Allah is always by your side(petik from lagu maher zain open your eyes..)uhuh..mgkn la..
hmm..cerita sal result ni..wahh..mcm maw trbang jk..takutttttttttttt...
yg amik pmr diz year pun msti rasa yg sma kn..
ehehe..law sblum2 ni my bro,my sis..dorg exam ak brabis mau tau..tp skrg...
myturn..ahaha..sajukknyaa..hoho..tamat la..continue after get our result..uhu..keyh..

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum..

hye smua..uhu..hurm,b4 ni asyk copy paste jak kn??
cm kurang best jk..tp bgs jgk la..byk pngetahuan..
ehehe..tp xlive bah..uhu..ok,skrg ana ingin berkongsi banyk cerita & pengalaman..
slama cuti sekolah ni,byk ilmu yg ana dapt..
ilmu agama..ana dpt belajar dri luaran n dalaman..
dari mata turun ke hati,dri hati naik ke mata blik..ehehe..tu la contoh nya..uhuh..
phm bah kn??law xphm pun wt2 phm jk la..uhuh..
tp harap coretan ini masih mampu di fhmi..
msing2 ada otak kn??eh,smua makhluk pun dikurniakan otak..
cuma manusia ni diberi sedikt keistimewaan..yakni akal..
so,gunakanla akal yg di beri..
cerita sal agama ni kn..ada amanat yg ingin ana sampaikan..

"Ermm.. bila tgk fb,blog2 sahabat2 dan saudara ISLAM semua, berdebar jantung saya bila memikirkan sumbangan saya terhadap perjuangan ISLAM terlalu kecil selama ini.. Terlalu lalu lah kecilnya..Sebak rasa! Namun, syukur kerana ALLAH menyedarkan saya betapa selama ini saya lalai mengikut kata hati yg tidak mengerti.. Kini, masa yg sesuai utk melangkah!! Melangkah lebih jauh ke medan dakwah dan tarbiyyah tanpa menoleh ke belakang lagi.. Masa yg berlalu ditinggalkan walaupun terkesan lantaran jahilyyah yg membekas namun saya tidak akan gentar lagi!! ALLAH tidak memandang siapa kita dahulu tetapi siapa kita sekarang dan akan datang?? Wahai pejuang2 ISLAM..bantulah saya agar kita sama2 tetap terus dalam PERJUANGAN ini.. Biar REBAH jangan BERUBAH!! Biar TERBUANG terus BERJUANG!!Hidup ISLAM!!!!!!!!!!!!!!!"..

ni luahan dari seorg hamba yg bergelar muslimah..bila baca coretan dia ni,
lants trfikir..apa yg haku sudah sumbangkn untuk agamaku??
sedih bila terkenangkan zaman skrg..mau ngs tp apa dgn ngs kita leh ubah dgn cepatnya??
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
("aku memohon ampun kepada Allah yg maha Agung")..
wahai hamba Allah,mari la bersatu untuk berjihad di jalan Allah..
biLa ckp jihad..teringat kata naqibah hari tu..
jihad trbahagi kpd 3..iaitu Jihad besar..jihad kecil n jihad umum..
nk tau x jihad besar tuh apa???hmm..sblm tuh nk jelaskan apa mksd jihad tuh..
jihad ni bermaksud PERJUANGAN..
jihad besar iaitu melawan nafsu..
hmm,xsngka kn..sbesar2 prjuangan ialah melawan nafsu..
nafsu ni ada byk jenis..n mcm2..cthnya nafsu mkn,tido,n mcm2 g la..
jihad kecil pulak..cnthnya peperangan..
kita berjuang di jln Allah dg ikut berperang..
haa..itula jihad kecil..
law jihad umum pla..
sbg contoh.kita belajar brsungguh2..
haa..ni la..cnth yg simple.."brdakwah"..taw kn apa tuh??
law xtahu..astghfirullahalazim..mna nilai islam kita..
cepat bangun..bangkit..
jgn kerana kelalaian diri sendiri,
kita telah zalim di mata Allah..
Nauzubillah..
akhi..ukhti..sahabat2ku..
marilah sama2 bangun n bangkit untuk tegakkan agama islam..
korg taw x graf islm ni cm mna??
astghfirullahalazim..
sama2 kita berdoa n brsungguh di jln Allah..
BERJUANG!!!

Saturday, December 4, 2010

Mana satu pilihan Hati

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 9:38 PM 0 comments
Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Rawatlah Hati Kita!

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 6:36 PM 0 comments

"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.
Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.
Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!
Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.
Naudzubillah..
Itulah bahayanya riya' dan ujub!
Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..
Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'
Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'
Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.
Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!
Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Allah taala,
"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]
Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.

Kerana Aku Sayang Kamu

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 1:38 AM 0 comments

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

Friday, December 3, 2010

harap wanita diluar sana membaca luahan rasa seorang lelaki ini... MUST READ

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 1:20 AM 0 comments
ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR JEANS DAN LENGGING KETAT???

ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA...???

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
 Berikut adalah emailnya :-

Assalamualaikum, 

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

PESANAN DARI ADMIN: Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang mulia disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat...AKAN TETAPI
apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya jika Allah mahumeng hancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, makajika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecualiia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifa tmalu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan sedangkan kita yangvmelihat sendiri yang berasa malu atasvperbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka kelak...amin

Share

Thursday, December 2, 2010

Sayaaaaang Usrohti...♥♥♥

Posted by WonDerFuL usRohTi♥ at 7:56 PM 0 comments
Along..........
     
       Alang......
  
                Angah.....

                         Achik....
         
                                    Baby......

                                             Adik.....

                                                           Usu.......

♥♥♥ Luv u all....

WonDerfuL usRohTi Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting